Wednesday, April 9, 2008

Finger Pointing

Menarik selepas pilihanraya umum lalu.

Bermula babak menuding jari.

Semua mata dan telinga tertumpu pada UMNO. Menanti adegan-adegan yang menarik. Bukan setakat ahli malah diluar parti UMNO turut serta.

Memang dramatik. Pak Lah yang dikenali dengan imej
'Elegan Silence' sudah menunjukkan warna sebenar.

Tun Mahathir, Ku Li dan Anwar Ibrahim lekas lekas
di tuding atas kelemahan pilihanraya umum lalu.

Teknik biasa bagi orang-orang yang tewas. Diversion of factor.
Politik kedai kopi mudah menerima kenyataan sebegini.

Hakikatnya, faktanya, realitinya kebanyakan sudah tidak mahukan Pak Lah. Itu kenyataan.
Oleh kerana itu untuk mengelakkan aib, teknik tuding jari digunakan. Seluruh MT sedia maklum faktor kejatuhan Barisan Nasional tetapi tidak berani bersuara malah mengiyakan dan berdiri teguh di belakang Pak Lah.

2 faktor yang tepat. Pak Lah dan Khairy.

Tun Mahathir, Ku Li dan Anwar. Serangan dari 3 penjuru yang sudah pasti bukan di dalam kem yang sama. Mampukah Pak Lah bertahan? Lekas lekas berundur sebelum sesuatu yang mengaibkan berlaku.

Barisan Nasional akan tumbang untuk pilihanraya yang berikut. Angin sudah beralih arah. Apa-apa tindakan kerajaan pusat akan lebih membawa mudarat. Hakikat bahawa UMNO sudah tidak relevan tidak boleh dipandang sepi. Mengapa tidak boleh. Parti UMNO bukan absolute. Cuma sebuah parti yang meraih sokongan atas perjuangan kaum tetapi jauh disudut lain nikmat perjuangan hanya dinikmati golongan teratas.